Tuesday, October 13, 2009

misi dan visi sr pendidikan khas muar (p)

MISITebal

membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti


VISI

sekolah unggul penjana generasi terbilang

motto sekolah

USAHA DAN SABAR

dalam melaksanakan pendidikan kanak-kanak cacat pendengaran, guru-guru perlu berusaha dengan sabar dan memberi sepenuh komitmen bagi memastikan kejayaan program ini.

blok B



Merupakan bangunan lama yang menempatkan Kelas Pra sekolah dan dewan sekolah.

blok A

Merupakan bangunan pentadbiran penting SRPKM. Blok ini terletak di tingkat 3. Bangunan ini menempatkan pejabat sekolah, bilik guru besar, bilik guru, bilik Audiologi, bilik pemulihan, bilik SPBT, perpustakaan, bilik Sains, 8 bilik darjah serta tandas guru dan murid.

sejarah sekolah

Pendidikan untuk kanak-kanak cacat pendengaran bagi penduduk khasnya di daerah Muar telah pun dimulakan sejak 19 Januari 1964. Sewaktu permulaan pembukaannya, pendidikan ini di bawah pentadbiran Sekolah Kebangsaan Ismail (Dua),Muar. Rancangan pendidikan ini dikenali dengan nama “Rancangan Percantuman”.
Rancangan ini menggalakkan sebahagian daripada kanak-kanak-kanak cacat bercampur-gaul dengan kanak-kanak normal. Sebahagian daripada mata pelajaran untuk kanak-kanak ini juga diajar bersama kanak-kanak normal. Contohnya bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni.
Pada 1 Julai 1988, Rancangan Percantuman ini diberhentikan dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kanak-kanak Cacat Pendengaran diwujudkan. Di antara tujuan Kementerian Pendidikan mewujudkan sekolah ini adalah supaya kanak-kanak cacat pendengaran ini diuruskan sendiri oleh guru mereka dan guru-guru pula boleh menjalankan pentadbiran mereka sendiri. Selepas itu sekolah ini ditukarkan kepada nama Sekolah Rendah Pendidikan Khas Muar (P).
Sekolah Rendah Pendidikan Khas Muar (P) ini telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Saudara Anwar B. Ibrahim selaku Menteri Pendidikan Malaysia,pada hari jumaat bersamaan dengan 7 September 1990. Majlis ini dibuat serentak dengan Majlis Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Ismail (Dua) Muar.