Rancangan ini menggalakkan sebahagian daripada kanak-kanak-kanak cacat bercampur-gaul dengan kanak-kanak normal. Sebahagian daripada mata pelajaran untuk kanak-kanak ini juga diajar bersama kanak-kanak normal. Contohnya bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni.
Pada 1 Julai 1988, Rancangan Percantuman ini diberhentikan dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kanak-kanak Cacat Pendengaran diwujudkan. Di antara tujuan Kementerian Pendidikan mewujudkan sekolah ini adalah supaya kanak-kanak cacat pendengaran ini diuruskan sendiri oleh guru mereka dan guru-guru pula boleh menjalankan pentadbiran mereka sendiri. Selepas itu sekolah ini ditukarkan kepada nama Sekolah Rendah Pendidikan Khas Muar (P).
Sekolah Rendah Pendidikan Khas Muar (P) ini telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Saudara Anwar B. Ibrahim selaku Menteri Pendidikan Malaysia,pada hari jumaat bersamaan dengan 7 September 1990. Majlis ini dibuat serentak dengan Majlis Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Ismail (Dua) Muar.
No comments:
Post a Comment